Monday, January 18, 2010

Majli Makan Malam Petugas Penerangan

PAS Kawasan Kuala Nerus melalui Lajnah Penerangan & IT akan menganjurkan Majlis Makan Malam Petugas Penerangan pada Jumaat, 22 Januari 2010 bermula jam 8.30 malam bertempat di Surau Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus.

Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu.

Tetamu-tetamu lain yang terlibat dalam majlis tersebut adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus, Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan peringkat Kawasan.

Turut dijemput ialah Ketua-Ketua Penerangan PAS Cawangan dalam Kawasan Kuala Nerus dan anggota Skuad Poster Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Dijangka kira-kira 200 orang tetamu akan hadir menjayakan majlis tersebut.

Majlis akan diisi dengan ucaptama oleh Ketua Penerangan PAS Negeri dan dialog bersama petugas Penerangan.

Objektif utama majlis tersebut ialah mengumpul seluruh petugas penerangan dalam Kawasan Kuala Nerus bagi mengikat mereka dengan komitmen kerja yang diamanahkan, menyampaikan taklimat tugas kepada jentera penerangan supaya gerak kerja dijalankan dengan lebih berkesan dan menyelaras gerak kerja penerangan dari Kawasan hingga ke Cawangan.

(ZAKARIA BIN DAGANG)
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Majli Makan Malam Petugas Penerangan"

Post a Comment