Sunday, January 31, 2010

Gula Naik Lagi


Tahun 2010 Rakyat mulai terasa tertekan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bermula dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 kepada RM1.65 sekilogram.

Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan menyebabkankehidupan rakyat semakin terhimpit dan menderita.

Kenaikan harga barang disebabkan kerajaan menaikkan harga minyak pada tahun 2009. Walaupun kerajaan telah menurunkan sedikit harga minyak namun pemborong dan peruncit tidak menurunkan harga runcit di pasaran.

Pada 16 Januari 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi berkata kerajaan terpaksa menambah subsidi jika harga gula tidak dinaikkan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen.

Dasar ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat
read more...

Monday, January 18, 2010

Majli Makan Malam Petugas Penerangan

PAS Kawasan Kuala Nerus melalui Lajnah Penerangan & IT akan menganjurkan Majlis Makan Malam Petugas Penerangan pada Jumaat, 22 Januari 2010 bermula jam 8.30 malam bertempat di Surau Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam, Kuala Nerus.

Tetamu khas pada majlis tersebut ialah Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu.

Tetamu-tetamu lain yang terlibat dalam majlis tersebut adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus, Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan peringkat Kawasan.

Turut dijemput ialah Ketua-Ketua Penerangan PAS Cawangan dalam Kawasan Kuala Nerus dan anggota Skuad Poster Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Dijangka kira-kira 200 orang tetamu akan hadir menjayakan majlis tersebut.

Majlis akan diisi dengan ucaptama oleh Ketua Penerangan PAS Negeri dan dialog bersama petugas Penerangan.

Objektif utama majlis tersebut ialah mengumpul seluruh petugas penerangan dalam Kawasan Kuala Nerus bagi mengikat mereka dengan komitmen kerja yang diamanahkan, menyampaikan taklimat tugas kepada jentera penerangan supaya gerak kerja dijalankan dengan lebih berkesan dan menyelaras gerak kerja penerangan dari Kawasan hingga ke Cawangan.

(ZAKARIA BIN DAGANG)
Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus
read more...

Thursday, January 14, 2010

PAS Kawasan anjur Taklimat Isu Semasa

KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus akan menganjurkan majlis Taklimat Isu Semasa dan Pelancaran Kempen Umno Khianat Bangsa pada Jumaat ini (15 Januari 2010).

Majlis yang akan bermula jam 2.30 petang bertempat di Surau Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam dekat sini akan dirasmikan oleh Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan, Zakaria Dagang, objektif majlis tersebut ialah antara lainnya untuk menyelaras isu-isu semasa di kalangan jentera penerangan, membekalkan bahan-bahan bertulis daripada akhbar, laman web dan artikel kepada jentera penerangan dan berdialog secara bersemuka dengan pimpinan untuk mendapat maklumat secara jelas mengenai pendirian parti dalam sesuatu isu.

"Peserta program tersebut adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS dari peringkat Kawasan termasuk Dewan-Dewan hinggalah ke Cawangan-Cawangan termasuk Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat," ujar Zakaria.

Beliau menyeru kepada semua pimpinan berkenaan agar tidak melepaskan peluang bagi menyertai program yang sangat penting ini, terutama dalam suasana isu panas yang semakin membara di dalam negara ini.
read more...