Tuesday, February 16, 2010

Juara Agama ?????

Sehari dua ini sibuk isu Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Maka hiruk pikut UMNO yang berjenama "Juara Paksa Rakyat" menghemtam Kerajaan Pulau Pinang.

Dipetik dari Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Hebatnya UMNO berlakon mempertahankan Islam semata-mata maulidurRasul yang tidak pernah dibuat oleh Rasul SAW. Dan lagi hebatnya UMNO bila tidak sanggup mempertahankan hukum Allah untuk dilaksanakan di Malaysia yang mana hukum Allah adalah yang termaktub dan diwajibkan Allah.

Itulah perangai UMNO dalam situasi masakini yang tidak boleh membezakan yang mana wajib, yang mana patut didahulukan dan yang mana perintah Allah sebenar. Saksikanlah watak sebenar Juara Paksa Rayat yang diwarisi UMNO dulu, kini dan selamanya.
read more...

Sunday, February 14, 2010

Juara Paksa Rakyat

Sejak akhir-ahkir ini banyak program UMNO beralaskan Majlis Kerajaan telah memaksa rakyat ikut serta dan menadah telinga mendengar bebelan pemimpin UMNO. Ini menybabkan kerimasan rakyat yang terpaksa ikut serta. Sekarang ini Program yang rancak berjalan serata pelusuk Negeri Terengganu ialah Juara Rakyat ( sebenarnya Juara Paksa Rakyat) yang dilihat semakin terdesak terpaksa dibuat oleh UMNO kerana sokongan rakyat semakin berkurang.

Sudahlah rakyat dipaksa menerima kenaikan harga gula, minyak, GST dan sebagainya, program anjuran UMNO pun paksa rakyat ikut.
read more...

Wednesday, February 10, 2010

Ceramah luar biasa di Batu Enam


KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus menerusi Lajnah Penerangan akan mengadakan satu ceramah umum pada malam ini (Rabu malam Khamis) di Pekan Batu Enam.

Ceramah ini agak luar biasa sedikit, kerana terlalu sangat jarang sebelum ini di negeri ini ceramah umum pada waktu malam menampilkan penceramah muslimat.

Ceramah akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Hajah Siti Zailah Mohd Yussof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Hajah Mumtaz Md Nawi. Kedua-duanya dari Kelantan.

Turut berceramah selaku tuan rumah ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.

Orang ramai dijemput hadir bagi mendengar penjelasan hebat berhubung isu-isu terkini yang akan dibawa oleh dua tokoh muslimat tersebut.
read more...