Thursday, January 14, 2010

PAS Kawasan anjur Taklimat Isu Semasa

KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus akan menganjurkan majlis Taklimat Isu Semasa dan Pelancaran Kempen Umno Khianat Bangsa pada Jumaat ini (15 Januari 2010).

Majlis yang akan bermula jam 2.30 petang bertempat di Surau Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam dekat sini akan dirasmikan oleh Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan, Zakaria Dagang, objektif majlis tersebut ialah antara lainnya untuk menyelaras isu-isu semasa di kalangan jentera penerangan, membekalkan bahan-bahan bertulis daripada akhbar, laman web dan artikel kepada jentera penerangan dan berdialog secara bersemuka dengan pimpinan untuk mendapat maklumat secara jelas mengenai pendirian parti dalam sesuatu isu.

"Peserta program tersebut adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS dari peringkat Kawasan termasuk Dewan-Dewan hinggalah ke Cawangan-Cawangan termasuk Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat," ujar Zakaria.

Beliau menyeru kepada semua pimpinan berkenaan agar tidak melepaskan peluang bagi menyertai program yang sangat penting ini, terutama dalam suasana isu panas yang semakin membara di dalam negara ini.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PAS Kawasan anjur Taklimat Isu Semasa"

Post a Comment