Wednesday, February 10, 2010

Ceramah luar biasa di Batu Enam


KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus menerusi Lajnah Penerangan akan mengadakan satu ceramah umum pada malam ini (Rabu malam Khamis) di Pekan Batu Enam.

Ceramah ini agak luar biasa sedikit, kerana terlalu sangat jarang sebelum ini di negeri ini ceramah umum pada waktu malam menampilkan penceramah muslimat.

Ceramah akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Hajah Siti Zailah Mohd Yussof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Hajah Mumtaz Md Nawi. Kedua-duanya dari Kelantan.

Turut berceramah selaku tuan rumah ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.

Orang ramai dijemput hadir bagi mendengar penjelasan hebat berhubung isu-isu terkini yang akan dibawa oleh dua tokoh muslimat tersebut.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ceramah luar biasa di Batu Enam"

Post a Comment