Tuesday, February 16, 2010

Juara Agama ?????

Sehari dua ini sibuk isu Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Maka hiruk pikut UMNO yang berjenama "Juara Paksa Rakyat" menghemtam Kerajaan Pulau Pinang.

Dipetik dari Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Hebatnya UMNO berlakon mempertahankan Islam semata-mata maulidurRasul yang tidak pernah dibuat oleh Rasul SAW. Dan lagi hebatnya UMNO bila tidak sanggup mempertahankan hukum Allah untuk dilaksanakan di Malaysia yang mana hukum Allah adalah yang termaktub dan diwajibkan Allah.

Itulah perangai UMNO dalam situasi masakini yang tidak boleh membezakan yang mana wajib, yang mana patut didahulukan dan yang mana perintah Allah sebenar. Saksikanlah watak sebenar Juara Paksa Rayat yang diwarisi UMNO dulu, kini dan selamanya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Juara Agama ?????"

Post a Comment